Menarik di Central

#MenarikDiKualaLangat – E-1 Patin Tempoyak

Nak makan Patin Tempoyak Original Temerloh??? Buat penggemar gulai ikan patin, anda harus merasai keenakaan gulai ikan patin tempoyak di E-1 Patin Tempoyak dengan harga yang berpatutan. Lokasinya yang terletak di tepi jalan utama menuju ke pantai Morib menjadikan E-1 Patin Tempoyak sering menjadi tumpuan pengunjung dari dalam atau luar daerah Kuala Langat.

Selain itu, E-1 Patin Tempoyak juga menyediakan pelbagai hidangan lauk pauk yang menyelerakan. Antaranya adalah siput sedut masak lemak, sambal udang, paru berlada dan ulam-ulaman yang segar. Anda juga wajib mencuba menu ikan bakar yang dibakar dengan pes istimewa mereka.

Lokasi: Jalan Besar Kanchong Darat, Banting, Selangor

Waktu operasi: 11.00 pagi sehingga 11.30 malam

Buka dari Sabtu – Khamis (Jumaat tutup)

Nombor telefon untuk dihubungi: 017-367 3678

Facebook: E-1 Patin Tempoyak

Exit mobile version