Sunday, December 22, 2024
HomeKuala Selangor#MenarikDiKualaSelangor - Taman Alam Kuala Selangor

#MenarikDiKualaSelangor – Taman Alam Kuala Selangor

Saya nak kongsi satu tempat untuk hiking santai yang sesuai untuk bawa kanak-kanak bagi pendedahan awal untuk aktiviti hiking. Taman Alam atau Nature Park Kuala Selangor yang terletak di muara Sungai Selangor, sebelah Bukit Melawati.
Jarak keseluruhan adalah lebih kurang 4km termasuk 1.5km trek melalui paya bakau sambil melihat keunikkan pokok-pokok bakau serta ikan belacak atau mudskippers. Jika ada rezeki anda boleh terserempak dengan burung-burung bangau dan memerang selain daripada monyet-monyet yang nakal macam manusia.

Nama : Taman Alam Kuala Selangor
Alamat : Jalan Klinik, Taman Alam, 45000 Kuala Selangor, Selangor
Waktu operasi : Dibuka setiap hari (termasuk cuti umum) dari 9.00 pagi sehingga 6.00 petang
Nombor untuk dihubungi : 03-3289-2294
Harga Tiket : Bayaran masuk adalah RM4 untuk dewasa, RM1 Kanak-kanak (17 tahun ke bawah), RM2 Warga Emas (60tahun ke atas)
Peta lokasi :

Info berkenaan Taman Alam Kuala Selangor.

Taman Alam Kuala Selangor adalah syurga untuk pelbagai jenis flora dan fauna, Taman Alam Kuala Selangor merangkumi lebih dari 200 hektar tanah pesisir di mana sebahagian besarnya adalah paya bakau.
Kawasan ini juga mempunyai lebih dari 150 spesies burung dan kira-kira 100,000 burung mengembara, yang terdiri dari 30 spesies, melewati kawasan ini sebagai kawasan penghijrahan tahunan mereka. Oleh itu, aktiviti melihat burung mungkin merupakan salah satu aktiviti menarik di Taman Alam Kuala Selangor.
Terdapat empat laluan untuk melihat hidupan liar. Mereka adalah Jejak Egret (550 meter), Pangolin Trail (1km), Coastal Bund (1.7km) dan Langur Trail (1.1km) yang masing-masing berlangsung sekitar 30 minit, 50 minit, 2 jam dan 2.5 jam.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular