Menarik di Central

#MenarikDiPutrajaya – Masjid Putra, Putrajaya

Putrajaya terkenal dengan Bandar dalam taman mempunyai 2 buah masjid yang menjadi antara mercu tanda utama Putrajaya iaitu Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi.

Masjid Putra adalah masjid pertama yang dibina di Putrajaya yang terletak bersebelahan Bangunan Perdana Putra. Menggunakan ciri-ciri islamik moden dan Moorish menampakkan seni bina masjid menyerlah di mata umum.

MASJID PUTRA dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj dan ia merupakan salah satu mercu tanda utama di Putrajaya.


Kedudukannya adalah bersebelahan dengan Dataran Perdana dan berhadapan dengan Tasik Putrajaya. Masjid ini mula dibina pada Jun 1997 dan siap serta diserahkan kepada JAKIM pada 1 September 1999 iaitu selama 2 tahun.


Keluasan masjid ini seluas 1.37 hektar. Kawasan masjid bermula masuknya di Pintu Utama sehinggalah ke dalam kawasan masjid. Manakala Dataran Putra dan Souq tidak berada dalam lingkungan kawasan masjid.


Arkitek yang membina masjid ini iaitu Y. Bhg. Dato’ Dr. Nik Mohamad Bin Mahmood dari Kumpulan Senireka Sdn. Bhd. Kos pembinaan masjid ini menelan belanja kira-kira RM250 juta dan kos penyelenggaraan anggaran RM100 ribu. Pembinaan masjid ini berkonsepkan 2 konsep iaitu Timur Tengah dan Tradisional Melayu.

INFO MENGENAI MASJID PUTRA

Credit to pengurusan Masjid Putra : http://www.masjidputra.gov.my/ms/

Credit to Google Images

Exit mobile version