Warigh roti canai merupakan sebuah restoren yang menjadi tumpuan bagi warga Putrajaya. Restoren ini menjadi pilihan kerana menyajikan menu sarapan pagi masyarakat Malaysia. Antara menu istimewa yang disediakan adalah roti canai tsunami bersama kuah kari kambing. Keunikan sajian ini adalah roti canai yang di tambah telur separuh masak dan dituang kuah kari kambing di atasnya. Restoren ini juga menyediakan pilihan sajian lain kepada pelanggan seperti cati boom, roti canai sarang burung, roti sardin spesial, roti bawang dan sebagainya.
Nama Tempat : Warigh Roti Canai
Alamat : Kafe Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya
Waktu Operasi : 7 pagi – 1 petang
Nombor untuk dihubungi : 0176707870