Menarik di Central

#MenarikDiHuluSelangor – Rumah Hutan Terapi Alam

Rumah Hutan Terapi Alam by Bonda Rozita (Rozita Ibrahim) adalah salah satu tarikan pelancongan utama di Hulu Selangor. Bahkan ianya menjadi sebutan kepada penggemar urutan badan tradisional dari seluruh pelusuk Malaysia. Rumah Hutan terletak di Jalan Lama Genting (laluan menuju ke Genting Highland dari Batang Kali) dan hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan dari kota raya Kuala Lumpur.

Rumah Hutan Terapi Alam menawarkan pelbagai 4 pakej utama rawatan berkonsepkan terapi holistik seperti meditasi untuk wanita, spa untuk wanita, meditasi untuk lelaki, dan meditasi untuk kanak-kanak. Pakej rawatan meditasi untuk wanita menawarkan lagi 4 pakej (sireh pucuk seribu, patma sari, mangkudu akar, dan cendana canggi). Spa pula menawarkan 3 pakej (Seri Inai Perindu, Dewi Kemangi, Spa Vagina). Manakala lelaki pula (Serunai Dewa, Telunjuk Dewa, Cendana Canggi). Pakej terakhir iaitu kanak-kanak (pakej dukung Anak).

Sebarang maklumat lanjut mengenai harga pakej urutan atau terapi boleh layari ke laman web rumahhutan.com serta pastikan anda membuat tempahan dahulu secara atas talian atau hubungi nombor yang tertera di website rumahhutan.com.

Bukan sahaja tempat untuk terapi badan, Rumah Hutan juga terkenal dengan cafe / restoren yang juga terletak di puncak bukit rumah hutan. Menu yang menjadi sambutan dikalangan para pengunjung termasuk ikan lunak bakar dan masakan kampung boleh didapati disini. meskipun begitu diingatkan kepada para pengunjung yang ingin berkunjung di rumah hutan, anda perlu meletakkan kereta di tempat parkir yang disediakan dan ada pemandu akan mengambil anda menaiki kereta yang disediakan (cas dikenakan).

Nama Tempat : RUMAH HUTAN TERAPI ALAM
Alamat : LOT 1972, Jalan Lama Genting, 44300 Batang Kali, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka setiap hari
Nombor Boleh Dihubungi : 016 – 7719343 atau 019 – 2212617
Lain-Lain Info Yang Bersesuaian (laman web) : rumahhutan.com
Peta Lokasi :

Exit mobile version