Menarik di Central

#MenarikDiHuluSelangor –Cendol Pak Samat

Oklah, di sini saya ingin kongsi kan satu tempat makanan yang cukup popular di Kuala Kubu Baharu iaitu Cendol Pak Samat. Dengar cendol pasti terliurkan? Nah, kedai makan Cendol Pak Samat ni sangat terkenal dengan hidangan cendol yang aneka seperti cendol biasa, cendol pulut, cendol durian, cendol pisang, cendol ais krim dan macam-macam lagi. Bukan itu sahaja, di kedai makan ini juga ada disediakan menu lain seperti ABC, aneka rojak, makanan goreng dan satu lagi menu istimewa mereka ialah nasi ayam. Harga berpatutan dan sesuai dengan hidangan.

Jika anda ke mari, sistem ambil nombor giliran dan bayar dahulu dilaksanakan di sini. Ini kerana jumlah pengunjung yang ramai dan ingin elakkan kesesakan berlaku. Nampak, lebih efisien dan menjadi tumpuan orang ramai kan? Tapi jangan risau, pekerja di sana ramah dan sedia membantu anda.
Lokasi nya pula betul-betul berhadapan dengan masjid utama Kuala Kubu Baharu iaitu Masjid Jamek Ar-Rahimah. Senang sahaja nak cari, berhadapan dengan jalan utama dan pasti signboard yang besar memudahkan pengunjung untuk datang. Kawasan parking yang baik juga ada di sebelahnya. Jadi tak perlu risau nak cari.
Oleh itu, kebanyakan orang yang datang ke Kuala Kubu Baharu, tidak sah kalau tak singgah makan di kedai Cendol Pak Samat. Berikut sedikit info Kedai Cendol Pak Samat :

Waktu operasi : Setiap hari ( 10/11 pagi – 6/7 petang)
Alamat : 89, 55, Kampung Kelapa, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor
Facebook :
https://www.facebook.com/cendolpaksamat/
Nombor telefon : 016-280 7247
Peta Lokasi :

Exit mobile version