Seksyen 9, Kota Damansara boleh dikunjungi melalui Lebuhraya Damansara Puchong (E11-LDP) dan Penchala Link (E23) menerusi Persiaran Surian dan Persiaran Mahogani. Anda juga boleh datang melalui laluan Jalanraya Persekutuan Sg Buloh-Subang (Laluan 15) dan masuk melalui Persiaran Mahogani dan Persiaran Jati (Seksyen 8). Laluan ini akan membawa anda melalui laluan hijau dimana disepanjang jalan ini terdapat banyak gerai lanskap dan tanaman sebelum sampai ke Seksyen 9.
Taman Rimba Riang merupakan tempat untuk jogging dan bersenam sambil menikmati udara yang nyaman. Taman ini dilengkapi trek jogging, taman permainan kanak-kanak, tasik, kawasan bersenam dan tandas awam. Setiap petang Sabtu dan Ahad, taman ini dipenuhi pengunjung yang bersantai bersama-sama keluarga, berjogging dan beriadah sambil bersenam.
Nama : Taman Rimba Riang
Alamat : Jalan Rimba Riang 9/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Nombor Boleh Dihubungi: 03-7956 3544
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari (7pagi – 8malam)