Menarik di Central

#MenarikDiHuluSelangor – Dusun Bonda

Dusun Bonda merupakan penginapan persendirian yang bercirikan villa dan “Bell Tent Gamping” dan dikelilingi dusun buah serta suasana hijau yang mendamaikan. Terletak di Ulu Tamu, Batang Kali, Dusun Bonda menawarkan kemudahan seperti air terjun dan kolam renang buatan, berdekatan dengan sungai Ulu Tamu, buaian DIY, taman permainan mini, ruangan makan atas bumbung (rooftop dining), set dan tempat BBQ, dapur dan juga ruangan solat.

Dengan keluasan 2.1 ekar, Dusun Bonda mempunyai 2 unit studio villa, 4 unit 5 meter Glam Bell Tent, dan 4 unit 4 meter Glam Bell Tent serta boleh memuatkan sehingga 50 orang dewasa pada suatu masa. Jika anda ingin tahu berkenaan kadar harga dan lain-lain pertanyaan boleh layari laman web Dusun Bonda atau nombor seperti dibawah.

Nama Tempat : Dusun Bonda
Waktu operasi : Setiap hari
Alamat : Lot 2121 (2996) Jalan Ulu Tamu, Kampung Orang Asli Gurney, Ulu Tamu, 44300 Batang Kali, Selangor
Facebook :https://www.facebook.com/dusunbondaresort/
Laman Web : https://www.dusunbonda.com/
Nombor telefon : 012-6633667

Exit mobile version