Restoran Nasi Ayam Pak Ayop di asaskan sejak 16 tahun dahulu. Pada asalnya restoran ini hanyalah sebuah warung kecil yang beratapkan rumbia di tepi jalan simpang tiga di kawasan Taman Bukit Angkasa. Namun ia berpindah ke lokasi baru di Jalan Pantai Permai pada 2010.
Restoran Pak Yop pernah mendapat liputan dari media tempatan seperti Harian Metro, Pimadona Astro, Nasi Lemak Kopi O TV9, Radio KLFM, Majalah Wanita dan juga melalui media-media sosial.
Menu Utama di sini ialah Nasi Ayam Sambal meleleh, Nasi briyani Batu Pahat, Sup power Juara, Coconut Shake, Mangga Pelam Shake. Namun untuk sarapan pagi, Pak Ayop menyediakan pelbagai jenis Roti Canai, Lontong Kering dan Basah, Kuih Muih dan Nasi Lemak Pelbagai Lauk . Sementara untuk makanan tengah hari, menu utama pilihan adalah; Nasi ayam Paling tip top, Nasi briyani merecikk, Bihun Sup, Soto Nasi, Sup Ekor, Sup Tulang, Sup Perut, Sup Power Special, mee celup, pulut mangga, pelbagai kerabu, charkueyteow dan banyak lagi.
Alamat Kedai/Restoran/Etc : Jalan Pantai Permai 1 Bukit Kerinchi, Bangsar South, 59200 Kuala Lumpur
- Waktu Operasi : Dibuka setiap hari, 7 pagi – 2 pagi
- Lain-Lain Info Yang Bersesuaian :
Hubungi : 0322424119 / 0172210266
Facebook:https://www.facebook.com/PakyoptiptopcornerPantaidalam/?rf=769068373147669