Thursday, December 19, 2024
HomeMakanan Menarik#MenarikDiPutrajaya – Cafe Masjid Mahmoodiah Presint 18 Putrajaya

#MenarikDiPutrajaya – Cafe Masjid Mahmoodiah Presint 18 Putrajaya

Cafe Masjid Mahmoodiah ini terletak di Presint 18 Putrajaya. Panggilan Cafe masjid mahmoodiah kerana ianya terletak betul-betul di sebelah dan kawasan Masjid Mahmoodiah Presint 18. Cafe ini dikenali sebagai cafe untuk sarapan pagi.Antara nama-nama cafe yang terdapat di dalam cafe masjid mahmoodiah ialah Warigh Roti Canai,Cafe Mak Jah, Cafe Mak Ngah dan Cendol Ukhwah.
Pelbagai makanan sarapan pagi yang ada jual di sini antaranya seperti Roti Canai, nasi lemak, nasi kerabu, bihun sup, rojak pasembor dan cendol.

Keadaan cafe di sini agak selesa dan selalu dikunjugi oleh staff-staff yang berdekatan dan juga ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah agama di Masjid Mahmoodiah ini.

Nama Tempat/Kedai/Restoran/Produk/Etc : Cafe Masjid Mahmoodiah Presint 18 Putrajaya.
Alamat Kedai/Restoran/Etc : Masjid Mahmoodiah Presint 18
Waktu Operasi : Dibuka setiap hari (6.30a.m-4.00pm)
No telefon:+60 17-670 7870

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular