Thursday, December 19, 2024
HomeLokasi Menarik#MenarikDiPetaling - Hutan Simpan Kota Damansara

#MenarikDiPetaling – Hutan Simpan Kota Damansara

Hutan simpan Kota Damansara telah diwartakan sebagai hutan Simpanan Kekal pada 18 Februari 2010 bagi tujuan Hutan Lipur, Hutan Pelajaran dan Hutan Penyelidikan. Hutan simpan yang meliputi kawasan seluas 321.7 hektar (795 ekar) adalah di bawah pentadbiran Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan diurus secara kerjasama dengan komuniti tempatan dan kumpulan pengguna yang berkepentingan. 

Hutan Simpan Kota Damansara adalah bekas Hutan Simpan Sungai Buloh yang diwartakan pada tahun 1898. Ketinggian hutan ini adalah di bawah 300 meter pada aras laut. Hutan ini merupakah salah satu hutan simpan yang masih ada di daerah Petaling

Pelbagai kemudahan disediakan antaranya tempat wakaf, kawasan rehat, taman dan kawasan untuk berkelah dan makan-makan di tepi tasik. Pihak berwajib sentiasa membaiki dan menaiktaraf Hutan Simpan Kota Damansara dari semasa ke semasa. Selain itu, trek yang dibina juga sesuai untuk pengunjung-pengunjung yang gemar menaiki basikal (mountain bike) di hutan. 

Nama Tempat : HUTAN SIMPAN KOTA DAMANSARA
Alamat : JALAN MERBAH 10/1, SEKYEN 10 KOTA DAMANSARA 47810 PETALING JAYA, SELANGOR
Waktu Operasi : Dibuka pada (Setiap Hari) (9.00 pg – 6.00 petang)
Nombor Boleh Dihubungi : 012-3520215
Peta Lokasi :

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular