Menarik di Central

#MenarikdiKualaLangat&Klang – NightBus 127

NightBus 127 merupakan sebuah kedai makan yang membawa konsep klasik dan suasana nostalgia. Di mana ianya memberi keunikan menikmati makan malam di dalam bas. Makanan di sini lebih mengutamakan masakan barat dengan harga yang berpatutan.

(Sumber Gambar : Facebook Melantak TV)

Sebenarnya, ramai tidak mengetahui bahawa NightBus 127 pada zaman dahulu merupakan pengangkutan utama bagi penduduk di sekitar Banting untuk ke Klang. Walaupun sekarang ianya bukan sebagai pengangkutan awam tetapi ianya diubahsuai untuk ‘penumpang’ menikmati makanan barat yang lazat dan mengimbau kenangan menaiki bas tersebut.

(Sumber Gambar : Instagram j.vicknesh04)

Iya dibina menggunakan bas dimana pemilik NightBus 127 telah mengubahsuai tempat duduk beserta meja bagi membolehkan pelanggan makan di sana. Setiap sudut daripada luar bas sehinggalah dalam bas sangat sesuai untuk anda bergambar.

Homemade Beef Burger
(Sumber Gambar : Facebook NightBus 127)

Untuk pengetahuan anda, kedai makan ini dibuka pada jam 5 petang sehingga 12 tengah malam setiap hari kecuali Selasa. Anda dinasihatkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu untuk mengelakkan tiada tempat duduk.

Lokasi : Lot 389, 13, Jalan Klang Banting, Kampung Sungai Rambai, 42600 Jenjarom, Selangor, Malaysia

Waktu Operasi : Rabu sehingga Isnin ( 5.00 petang sehingga 12.00 malam)

Tutup setiap hari Selasa

Hubungi : +60 11 2626 4127

Exit mobile version