Thursday, December 19, 2024
HomeKL#MenarikDiKualaLumpur – Murni Discovery Bukit Jalil

#MenarikDiKualaLumpur – Murni Discovery Bukit Jalil

Murni Discovery merupakan salah satu restoran mamak yang menyajikan sajian dengan menu unik dan pelbagai sesuai dengan selera rakyat Malaysia. Ia mula diusahakan pada tahun 1999. Sehingga kini, Murni Discovery mempunyai 9 buah cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor termasuklah Murni Discovery Bukit Jalil. Restoran ini terletak di Bandar Bukit Jalil, berdekatan dengan deretan kedai serta kawasan perumahan yang menjadikannya antara restoran pilihan penduduk di Kawasan Bukit Jalil.  

Sekiranya anda berkunjung ke sini, anda pasti akan menjadi rambang mata dengan hanya melihat menu hidangan yang disediakan. Menariknya di Murni Discovery, selain dari hidangannya yang lazat, mereka juga mempunyai cara yang unik untuk menamakan menu makanan dan minumannya. Antara menu makanan yang paling popular ialah Mee Raja Meletop, Spageti Carbonara Chicken Chop dan Roti Hawaii. Bagi minuman pula, mereka menyajikan minuman campuran buah-buahan dengan nama seperti I Love You, I Miss You dan I Kiss You. Pastinya anda geli hati untuk menyebutkan nama menu tersebut ketika membuat pesanan kepada pelayan restoran. Anda juga pasti akan keluar dari Murni Discovery sambil tersenyum kerana restoran ini terkenal dengan saiz hidangannya yang besar. Harganya juga sangat berpatutan sesuai dengan kualiti dan saiz hidangan yang disediakan. Dengan mengekalkan menu tradisional restoran mamak dan memberi nafas baru terhadap hidangan Barat supaya sesuai dengan selera masyarakat Malaysia, Murni Discovery menjadi salah satu restoran yang wajib dikunjungi oleh rakyat Malaysia.

Restoran ini mempunyai suasana yang sangat santai dan menerapkan konsep al-fresco iaitu tempat makan yang terbuka sama seperti restoran mamak yang lain. Mereka yang berkunjung dapat berbual dengan rakan-rakan dan ahli keluarga sambil menikmati hidangan yang disediakan. Bagi mereka yang tidak dapat berkunjung ke restoran, Murni Discovery juga menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan menerusi aplikasi GrabFood. 

Dengan 9 cawangan bertapak di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, Murni Discovery berharap dapat mengembangkan perniagaannya di seluruh negara dan terus menyajikan makanan enak dengan harga berpatutan buat semua. 

Alamat Restoran : 41, Jalan 16/155c, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi : Selasa hingga Ahad (11 Pagi – 12 Malam) – Tutup pada hari Isnin                   

Telefon: 03-8999 1936

Tempahan: GrabFood -Murni Discovery

Website: https://murnidiscovery.com/

Email: info@murnidiscovery.com
Instagram: murnidiscovery
(https://www.instagram.com/murnidiscovery/)

Fb Page: Murni Discovery(https://www.facebook.com/MurniDiscovery/)

Sumber : Facebook Murni Discovery & Google

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular