Sunday, December 22, 2024
HomeHulu Selangor#MenarikDiHuluSelangor-KOLAM PANCING FELDA SG. TENGI

#MenarikDiHuluSelangor-KOLAM PANCING FELDA SG. TENGI

Kolam Pancing Felda Sg. Tengi atau lebih dikenali dengan nama Kolam Pancing Pinggiran Desa Maju Sg. Tengi ini diselia oleh Naib Pengerusi JKKR Felda Sg. Tengi iaitu Hj. Saad Bin Latib dan turut dibantu oleh anak serta menantu beliau, Siti Nurhaiza dan Mohammad Khushari.

Kolam pancing ini mula beroperasi pada bulan Oktober 2015. Antara ikan-ikan yang dimuatkan ke dalam kolam pancing ini terdiri daripada Patin, Rohu dan Pacu. Selain itu, pertandingan memancing juga sering diadakan pada setiap minggu pada hari Rabu dan Ahad (jam 9.30 malam hingga 2.30 pagi).

Pertandingan ini mengamalkan konsep Pancing Tangkap Lepas di mana setiap pemancing yang berjaya memancing ikan, perlu melepaskan semula ikan yang dipancing ke dalam kolam pancing. Pertandingan ini juga turut menyediakan hadiah berupa wang tunai di antara RM50.00 hingga RM1,000.00. “Dapat ikan…ambil duit” itulah slogan di Kolam Pancing Pinggiran Desa.

Di samping itu, terdapat juga Restoran D’kolam Cafe & Seafood di Kolam Pancing Pinggiran Desa ini yang menyediakan pelbagai masakan Ala Thai seperti tom yam dengan harga yang berpatutan.

Nama : Kolam Pancing Pinggiran Desa Maju Sg. Tengi
Alamat premis : Jalan Merdeka, Sungai Tengi, 44010 Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, Selangor
Waktu operasi : (Tutup sepanjang PKP sehingga akan dimaklumkan)
+ Restoran (Setiap Hari : 5.00 petang – 12.00 malam)
+ Pertandingan Memancing (Rabu & Ahad : 9.30 malam – 2.30 pagi)

Nombor untuk dihubungi : 013-6579837
Facebook : https://www.facebook.com/groups/1764673560527305/
Peta lokasi :

Credit to :
– Google Maps : https://goo.gl/maps/xqowUbVF1eMSuySr7
– Owner Facebook : https://www.facebook.com/groups/1764673560527305/

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular