Menarik di Central

#MenarikDiKualaLumpur – TNL Cafe Bandar Kinrara

TNL Cafe adalah sebuah cafe yang agak terkenal di Bandar Kinrara. TNL Cafe adalah sebuah kafe yang mensajikan pelbagai jenis makanan bukan sahaja kek dan pastri malahan mereka juga menyediakan makanan-makanan barat, melayu dan banyak lagi. Bancuhan kopi merupakan antara keistimewaan yang ada di TNL Cafe. Para pengunjung dapat merasa air kopi yang dibuat oleh barista yang profesional. Bukan itu sahaja, segala menu yang disediakan di TNL Cafe dibuat oleh chef-chef profesional.

TNL Cafe juga menyediakan pelbagai perkhidmatan. Salah satu daripada perkhidmatan yang disediakan ialah sambutan hari jadi. Para pengunjung perlu membuat tempahan terlebih dahulu. TNL Cafe juga menyediakan khidmat penghantaran ke rumah. Para pengunjung boleh membuat tempahan di atas talian dan pihak TNL Cafe akan menghantar ke lokasi yang diberitahu. TNL Cafe juga boleh didapati di aplikasi Food Panda dimana anda boleh memilih menu dan membuat bayaran dan seterusnya para rider Food Panda akan mengambil di TNL Cafe dan menghantar kepada anda. 

Suasana di TNL Cafe sangat selesa. Dekorasi dan susun atur perabot di TNL Cafe membuatkan para pengunjung berasa selasa dan senang untuk menghilangkan tekanan. TNL Cafe bukan sahaja menjadi tumpuan para remaja malah TNL Cafe juga menjadi tumpuan keluarga yang tinggal di sekitar Bandar Kinara. Makanan yang disediakan di TNL Cafe sesuai untuk semua peringkat umur. Kanak-kanak juga boleh mendapatkan makanan yang bersesuaian dengan mereka. Anda boleh mendaftar ahli dan sebagai ahli anda akan menerima poin di setiap pembelian dan anda juga akan mendapat pelbagai tawaran yang menarik. 

Exit mobile version