Menarik di Central

#MenarikDiSepang – Jeti Sirip Biru

Keunikan Jeti Sirip Biru adalah lokasinya menjadi tarikan yang akan dinaik taraf dalam jangka masa terdekat secara berperingkat-peringkat di beberapa bahagian seperti membangunkan sebuah jeti terapung di pantai pasir putih bagi memudahkan pelancong berkunjung dan mengadakan aktiviti di kawasan itu. Antara kemudahan yang diberikan ialah jeti terapung sesuai untuk pencinta alam yang meminati kehijauan paya bakau sambil mengadakan aktiviti di kawasan itu. Sungai ini juga menjadi tumpuan pelbagai spesis burung dan sebahagian daripadanya menjadikan hutan paya bakau itu sebagai habitat dan fenomena ini pastinya menjadi tarikan kepada peminat fotografi bagi melengkapkan album mereka. Bagi kaki pancing pula kawasan ini menjadi lokasi menarik kerana disediakan beberapa pakej memancing seperti laut dalam, memancing sambil memukat dan rumah rakit. Lebih 10 buah rumah rakit disediakan di sini dan peminat pancing boleh bermalam sambil mengadakan aktiviti keluarga mahupun tempat kerja. Bagi yang ingin mengadakan aktiviti luar dan berkumpulan boleh berkhemah di Pantai Pasir Putih sambil mengadakan lawatan ke pusat ternakan ikan sangkar berdekatan kawasan itu.

Nama Tempat : Jetty Sirip Biru One Stop Fishing Centre
Alamat : Jalan Kijeng, Kampung Bagan Lalang, 43950 Sungai Pelek, Selangor
Waktu Operasi : 9.00 pagi – 11.00 malam
Nombor untuk dihubungi : 019-206 0443
Email: jettysiripbiru00@gmail.com
Facebook: https://www.facebook.com/siripbirucrew

Exit mobile version