Menarik di Central

#MenarikDiPutrajaya – Kompleks Nasyrul Quran

Kompleks Nasyrul Quran yang bercirikan hiasan islamik

Sebuah kompleks percetakan yang kedua terbesar dibina di Putrajaya

Merupakan kompleks percetakan naskah Al-Quran yang kedua terbesar di dunia, berfungsi bukan hanya setakat sebagai pusat percetakan, bahkan sebagai pusat penyelidikan, pentafsiran, penterjemahan dalam pelbagai bahasa, penerbitan dan pengagihan al-Quran. Para pengunjung boleh melawat dan mendapatkan pelbagai produk Al-Quran, surah Yasin dan buku-buku doa.

Kompleks ini menyasarkan percetakan sejuta naskhah al-Quran setahun dan 30 peratus daripadanya akan diwakafkan di negara-negara Islam yang kurang berkemampuan dan negara yang mempunyai penduduk minoriti Islam.

Lokasi : Presint 14, 62000 Putrajaya

Exit mobile version