Menarik di Central

#MenarikDiKualaLumpur – Muzium Negara

Muzium Negara merupakan peneraju aktiviti permuziuman di Malaysia dan pendokong terhadap pemuliharaan dan pengekalan warisan koleksi khazanah negara. Pembinaannya yang mewakili identiti nasional merupakan kemuncak kepada sejarah pembinaan muzium-muzium terawal di negara ini seperti Muzium Taiping, Perak (1883), Muzium Sarawak (1888) dan Muzium Selangor (1889). Didirikan di atas tapak Muzium Selangor yang musnah pada Mac 1945 akibat Perang Dunia ke 2, idea pembinaannya telah dirancang pada 1957 selepas kemerdekaan negara ini dan diumumkan pembinaannya pada 1959. Melalui inspirasi yang berlatarbelakang identiti negara, rekabentuk yang dipersetujui oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah membolehkan pembinaannya menjadi realiti pada 1961. Akhirnya bangunan Muzium Negara berdiri megah dan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-III pada 31 Ogos 1963, iaitu enam tahun selepas kemerdekaan negara ini.

Alamat :  Muzium Negara, Jabatan Muzium Malaysia Jalan Damansara, 50566 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi : Dibuka setiap hari pada pukul 6 Pagi – 9.30 Malam 

Facebook : https://www.facebook.com/muziumnegaramalaysia

Website : http://www.muziumnegara.gov.my/

Exit mobile version