Menarik di Central

#MenarikDiSabakBernam – Sekin Fisherman Village Hotel dan Resort

Jika anda mengimpikan percutian menarik, tenang, damai  dan jauh dari kesibukan kotaraya, Sekin Fisherman Village Hotel dan Resort, Sekinchan Selangor adalah pilihan yang tepat untuk anda, kawan-kawan dan keluarga. Sebuah hotel dan resort yang terletak berdekatan Pantai Redang Sekinchan dan perkampungan nelayan di Sekinchan.

Sekin Hotel dan Resort menyediakan kemudahan seperti pelbagai unit bilik mengikut kapasiti pengunjung, restoran sekinchan ikan bakar, kolam renang, kolam memancing, menara untuk menikmati pemandangan laut & matahari terbenam dan lain-lain lagi.

Nama : Sekin Fisherman Village Hotel dan Resort
Alamat premis : 285, Lorong Sebelas, 45400 Sekinchan, Selangor
Waktu operasi : Setiap hari (tempahan perlu dibuat lebih awal)
Nombor untuk dihubungi : 010-401 1393
Peta lokasi
:

Sekin Hotel dan Resort Sekinchan juga menyediakan tempat letak kereta secara percuma, jika anda menginap di sini. Di sebelah petang, anda boleh beriadah di Pantai Redang untuk melihat pantai yang damai dan tenang dan terdapat juga gerai-gerai yang menjual pelbagai makanan.

Exit mobile version