Sunday, November 24, 2024
HomeKuala Selangor#MenarikDiKualaSelangor - Warung Mee Kuah Kak Hajah

#MenarikDiKualaSelangor – Warung Mee Kuah Kak Hajah

Mee Kuah Tulang Kak Hajah memang awesome!
Alhamdulillah. Hari ini sempat singgah makan di Warung Kak Hajah di Sungai Burong. Mencuba menu istimewa Mee Kuah Tulang.
Memang kena dengan selera dan cukup lazat.
Dekorasi warung ini cukup menarik, sesuai dengan suasana kampung. Bersih dan kemas.
Tn. Hj. Sidek Kasman dan Pn. Hjh. Zurida Saleh mula mengusahakan warung ini sejak Ogos 2019 dan semua menu di sini
adalah dari hasil air tangan Chef Farhan Sidek, lulusan Diploma Pengurusan Hotel & Katering. Malah mereka turut dibantu
oleh anak kedua mereka, Nurfatin Afiqah.
Selain dari Mee Kuah Tulang, mereka turut menyediakan pelbagai menu lain (western, ala carte) yang tak kurang hebatnya. Tadi sempat juga kami mencuba Nasi Goreng Kambing Bakar dan Roti Puri disandingkan dengan kuah sardin yang padu.
Jadi, hujung minggu nanti lepas #PusingSelangorDulu beli ikan segar di Pasir Penambang dan Jeti Nelayan Kg. Sg. Yu, bolehlah lajak ke Sungai Burong dan cuba menu-menu di Warung Mee Kuah Tulang Kak Hajah ni.
InshaAllah, pasti kena dengan selera.
Terima kasih diucapkan pada Tn. Hj. Sidek & Pn. Hjh. Zurida. Didoakan semoga diberkati selalu, sukses dan dapat menjadi
inspirasi buat komuniti Sungai Burong dan Permatang.

credit post to :
‘YB Kakak’ Rozana Zainal Abidin
ADUN Permatang

Nama Tempat :Warung Mee Kuah Tulang Kak Hajah
Alamat : Lot 5794, Lorong Sebelah Kuaters Pertanian Sg Burong, Batu 12, Tg Karang Kuala Selangor, Selangor,
Waktu Operasi : Dibuka pada setiap hari kecuali Selasa. 11 pagi sehingga 11 malam
Nombor Boleh Dihubungi : 010-428 1223 (Farhan)
Peta Lokasi :

Jom tengok menu dan gambar-gambar dari pelanggan.

kredit gambar kepada :
YB Rozana Zainal Abidin, ADUN Permatang
Halimahton Sakdiah
Aida Aisyah
Uci Ha Madara
Aslela Wani Mat Zain

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular