Menarik di Central

Taman Botani Putrajaya

Taman Botani Putrajaya merupakan Taman Botani yang terletak di Presint 1 Putrajaya. Taman ini berkeluasan sehingga 93 hektar. Taman Botani telah dibuka kepada orang awam pada 31 August 2001. Taman ini mempunyai lebih daripada 700 spesis tumbuhan dari benua-benua yang berbeza di dunia. Ia berfungsi sebagai kawasan perlindungan dan pusat pembelajaran dan kajian bagi khazanah negara Malaysia. Ia mempunyai 13 buah taman tema.

Taman Botani Putrajaya telah dianugerahkan sebagai Taman Paling Menakjubkan di Asia oleh Yayasan Chelsea Diraja, London di Pameran Bunga Perdana Premier Dunia Chelsea pada 2008.  Taman Botani juga juga tersenarai di antara 40 taman yang indah dan mempersonakan di Asia oleh buku Paradise Found: Journeys Through Noble Gardens of Asia. Fasa 1 yang berkonsepkan “floral atrractions” menghimpunkan lebih dari 750 spesies tumbuhan dari 13 koleksi tema tumbuhan yang berasal dari benua-benua yang berbeza.

Menempatkan juga Islamic Garden iaitu Moroccan Pavilion yang dibina bercirikan warisan Maghribi dan kesenian senibinanya diinspirasikan  dari bandar Dirajanya seperti Fez, Meknes, Marrakech dan Rabat. Taman Etnobotani yang merupakan tarikan terkini untuk bersantai dan berpeluang mengenali banyak tumbuhan yang menarik. Etnobotani merujuk kepada kajian interaksi antara manusia dan tumbuhan yang melibatkan pelbagai aspek perubatan, sumber makanan, ekonomi dan budaya.

Taman ini dibahagikan kepada lapan tema botani iaitu Malaysian Ulam and Medicinal, Bambusetum, Zingiberales, Edible Fruit Arboretum, Lawn and Gramineae, Forest Fringe and Aboriginal Medicinal Plants, Conservatory and Ecological Pond. Keindahan taman ini terletak di kawasan hijau yang menghadap tasik menjadikan pengunjung terpesona melalui unsur-unsur kebudayaan yang digabungkan dalam reka bentuk seperti wakaf tradisional, lampu taman bermotifkan bunga dan label saintifik tumbuh-tumbuhan.

Di Taman Botani terdapat laluan Titian Kanopi sepanjang 170 meter yang merentasi kawasan lembah yang ditanam dengan pokok-pokok hutan hujan seperti meranti, kapur dan keruing. Dalam masa beberapa tahun lagi, pengunjung akan berpeluang mengalami satu keunikan sebenar berjalan melalui silara pokok hutan hujan.

Di Taman Botani terdapat Taman Pepanjat (Vine Garden). Taman ini dihiasi indah oleh koleksi tumbuhan pepanjat yang mengeluarkan bau haruman dan bunga yang menarik. Keunikan tumbuhan pepajat adalah mempunyai ciri-ciri tersendiri untuk membantu tumbuhan ini memperolehi sumber cahaya yang optimum. Antara ciri tersebut adalah batang melilit, tangkai daun lilit, sulur paut, penyangkuk dan akar melekap.

1.           INFO

            Nama Tempat: Taman Botani Putrajaya

            Alamat : Green House, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

  Facebook: https://www.facebook.com/tamanbotaniputrajaya/

            Waktu Operasi : Dibuka setiap hari 7 .00 pagi – 7.00 petang

            Website : http://www.ppj.gov.my/

            No.untuk dihubungi : 03-8887 7770

            Lain-Lain Info Yang Bersesuaian : Menyediakan perkhidmatan menyewa basikal

            Peta Lokasi (Lat-Long/Waze/Google Map/Etc) :

Kredit: http://www.ppj.gov.my/, https://www.facebook.com/tamanbotaniputrajaya/,

Exit mobile version