Thursday, December 19, 2024
HomeAktiviti Menarik#MenarikdiKualaLangat&Klang - GM Klang Wholesale City, Klang

#MenarikdiKualaLangat&Klang – GM Klang Wholesale City, Klang

Anda kaki membeli belah? Inilah tempat yang sesuai bagi penggemar membeli secara banyak dan borong. Tempat yang wajib anda singgah apabila sampai di Klang iaitu GM Klang Wholesale City. Pelbagai jenis barang yang terdapat di sini dan harga juga berpatutan. GM Klang menjual barangan borong atau secara banyak. Jika anda membeli secara borong anda akan mendapat harga yang lebih berpatutan dan akan memuaskan hati anda.

Tempat ini sangat sesuai buat keluarga yang ramai untuk membeli baju seperti baju melayu, baju kurung, tudung dan jubah. Tambahan pula, sudah hendak menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Selain itu, terdapat barangan yang lain di sini seperti pakaian, telefon, barang elektronik, cadar, langsir, makanan, permainan, barang kemas silver dan macam-macam lagi. Di GM Klang anda tidak perlu pergi membeli-belah ke banyak tempat kerana di GM Klang semuanya ada. Anda pasti penat untuk berjalan di semua kedai yang ada di sini. Lebih menyenangkan setiap tingkat sudah dikhaskan dengan barang-barang tertentu. Jadi, anda boleh terus pergi ke tingkat barang yang anda kehendaki.

Terdapat tiga Blok yang ada di GM Klang iaitu Blok A mempunyai 5 Tingkat kedai borong yang menampung lebih daripada 1,000 pemborong. Setiap peringkat dibahagikan mengikut kategori produk. Block yang kedua iaitu Block B, ditetapkan sebagai pusat fesyen untuk Bandar Raya Borong GM Klang. Dengan menggabungkan semua produk fesyen di bawah satu bumbung, Block B menyediakan platform yang sempurna untuk pemborong yang mengkhususkan diri dalam fesyen untuk mempamerkan produk inovatif dan bergaya mereka. Block yang terakhir iaitu Blok C adalah tempat untuk mereka yang mencari keperluan rumah, perkakasan atau peralatan perkahwinan. Blok C mengkhususkan produk seperti bekalan perkahwinan, hiasan rumah, langsir, permaidani, perkahwinan dan perkakasan.

Waktu operasi GM Klang, isnin hingga jumaat bermula 10:00 pagi hingga 7:00 malam, sabtu dan ahad serta cuti umum dibuka pada 10:00 pagi hingga 8:00 malam.

Sumber dari Website GM Klang
Sumber video dari Youtube Official GM Klang

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular