Menarik di Central

#MenarikDiKualaLumpur – Terminal Bersepadu Selatan

Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menggunakan kecanggihan teknologi pengangkutan terkini untuk mempertingkatkan kemudahan dan keselesaan pengunjung dan para penumpang yang menaiki bas ekspres ke selatan,timur, dan utara. Di bawah satu bumbung terdapat pelbagai destinasi di seluruh Malaysia yang ditawarkan di sini. TBS merupakan Stesen Bas Terbesar di Kuala Lumpur dan Di Malaysia.

ketika anda menunggu bas, anda boleh luangkan masa dengan membeli-belah kerana pelbagai jenis jualan runcit dan butik fesyen yang disediakan di dalam terminal ini. Sekiranya anda ingin menjamu selera ketika beristirehat di hujung minggu, sila kunjungi pelbagai gerai makanan dan minuman yang disediakan di Aras 3 dan 4 terminal ini. Ketika menunggu orang tersayang atau hanya sekadar tempat persinggahan ketika transit, TBS-BTS direkacipta dengan persediaan yang lengkap untuk menampung jumlah pengunjung yang kian meningkat, seperti bilangan tempat duduk yang banyak serta aliran penghawa dingin yang sesuai dengan keadaan semasa.

Alamat : Jalan Terminal Selatan, Bandar Tasek Selatan, 57100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Hubungi : 03-9051 2000.

Waktu Operasi : Dibuka setiap hari.

Laman Web : http://www.tbsbts.com.my/

Youtube : Menarik di Kuala Lumpur Selatan

Sumber : Google & Youtube

Exit mobile version