Menarik di Central

#MenarikDiSabakBernam – Villa Gemilang Homestay / Chalet D’Sawah Padi

Villa Gemilang Homestay / Chalet D’Sawah Padi menyediakan pelbagai jenis penginapan. Antaranya Villa Semi D 3 bilik, Chalet Kayu, Water Chalet, Dormitri & Bilik. Homestay ini terletak di kawasan sawah padi, Jln Parit 6 1/2 Timur Sungai besar Selangor. Sepanjang laluan untuk ke Villa Gemilang akan melalui sawah padi yang terbentang luas.

Pelbagai aktiviti yang turut disediakan seperti mewarna batik, menggagau ikan, memancing, dan berbasikal. Pemandangan sawah padi disekeliling homestay amat menenangkan dan mendamaikan. Sering juga menjadi lokasi penggambaran untuk slot drama, telemovie bagi stesen televisyen, program motivasi dan hari keluarga.

Nama : Villa Gemilang Homestay / Chalet D’Sawah Padi
Alamat premis : No.4, Parit 6 1/2 Timur, 45300 Sungai Besar, Selangor. 45300 Sungai Besar, Selangor
Waktu operasi : Setiap hari (tempahan perlu dibuat lebih awal)
Nombor untuk dihubungi : 019-358 8907

Facebook : Villa-Gemilang-Homestay-Chalet-DSawah-Padi
Peta lokasi :

Exit mobile version