Menarik di Central

#MenarikdiKualaLangat&Klang : Jamri Sate Tempurung

Aroma sate yang dibakar pasti memukau selera sesiapa yang menghidunya. Pilihan sate seperti daging ayam, lembu dan kambing yang lembut serta gandingan kuah kacang dan nasi impit yang lazat menjadi tarikan penggemar-penggemar sate. Justeru, tidak hairanlah jika produk sate keluaran Jamri Sate Tempurung merupakan pilihan ramai. Jenama yang diperkenal sejak berpuluh tahun lalu kini mendapat permintaan yang tinggi setiap kali musim perayaan.

Terletak bersebelahan dengan Restoran Legasi Adden di Simpang Tiga Kolej Mara Banting, Kg Labohan Dagang, kemeriahan di Jamri Sate Prima dapat dirasai terutamanya pada waktu malam. Ramai yang berkumpul di sana untuk menikmati hidangan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Selain menawarkan hidangan untuk santapan di restoran, Jamri Sate Tempurung juga menawarkan perkhidmatan sebarangan majlis keramaian. Kini, mereka telah membuka cawangan Jamri Sate Tempurung di Kota Warisan, Sepang.

Alamat : Simpang Tiga Kolej Mara Banting, Kg Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor

Telefon : 018-327 6506

Waktu Operasi : 5.00 petang – 12.00 tengah malam (kecuali waktu PKP)

Facebook : https://www.facebook.com/Jamri-Sate-507525949605107/

Exit mobile version