Tuesday, December 3, 2024
HomeMakanan Menarik#MenarikDiPutrajaya - Nasi Lemak Royale (Cawangan Putrajaya)

#MenarikDiPutrajaya – Nasi Lemak Royale (Cawangan Putrajaya)

Masakan ini asalnya dari Utara Malaysia iaitu di Pekan Rabu Kedah. Ia tidak seperti nasi lemak tipikal yang selalu kita jamah di mana-mana yang nasinya sendiri perlulah cukup santan, wangi dan dilengkapi dengan kacang goreng, ikan nilis goreng, telur rebus, timun dan sambal sebagai pelengkap hidangannya.

Berbeza untuk Nasi Lemak Royale, tekstur warna nasinya kekuningan dan berempah serta cukup lemaknya. Ia memang jauh berbeza dengan nasi lemak yang biasa kita makan. Disebabkan warna nasinya kekuningan ia diberi nama Royale (warna diraja) ia juga pernah menjadi santapan pagi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa lawatan kerjanya di Putrajaya. https://fb.watch/6d3a_WE-PL/ (video Agong) fb Nasi Lemak Royale Kedah.

Selain itu, lauk-pauk yang dihidangkan juga sangat berbeza dan ia seakan-akan Nasi Kandar yang banyak pilihan yang perlu dipilih sehinggakan pengunjung rambang mata untuk memilih lauk. Kuah juga memainkan peranan penting dalam membezakan nasi lemak tersebut dengan nasi lemak lain. Terdapat lima jenis kuah iaitu kuah dalca, pedas, kicap, sambal dan madu disediakan dan selalunya pengunjung akan meminta untuk dicampurkan kesemua kuah tersebut sehingga banjir.

Terdapat lauk-pauk bergoreng seperti ayam goreng, ikan goreng, dan kari sotong, kari udang menunggu untuk dijadikan pilihan lauk anda. Kalau anda suka lauk yang simple boleh saja ambil telur rebus, bendi rebus, kubis goreng kunyit dan juga cili hijau. Membuatkan anda cukup berselera dalam menjamah sepinggan Nasik Lemak Royale. Kalau yang meminati masakan organ dalaman, boleh juga memilih limpa masak hitam, telur ikan dan telur sotong masak rempah yang dijamin masakannya unik daripada mana-mana restoran nasi kandar. Harga bermula dari RM 7.00 sehingga mencecah RM25.00 ke atas untuk sepinggan nasi dan ia juga bergantung kepada lauk-pauk yang diambil.

Info:

Peta Lokasi Kedai/Restoran/Etc (Lat-Long/Waze/Google Map/Etc):

Kredit gambar: google image, fb Nasi Lemak Royale Kedah

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular