Thursday, December 26, 2024
HomeLokasi Menarik#MenarikDiPutrajaya – Pantai Buatan Putrajaya

#MenarikDiPutrajaya – Pantai Buatan Putrajaya

Kepada anda yang gemarkan bersantai ditepi pantai, pantai buatan di Putrajaya semestinya menjadi destinasi pilihan anda. Terutamanya anda yang berada disekitar Putrajaya, Bangi dan Kajang boleh datang ke sini untuk luangkan masa hujung minggu bersama keluarga ataupun rakan taulan.

Pantai buatan di Putrajaya terletak berhampiran dengan Pullman Hotel Putrajaya (kini bertukar menjadi Double Tree by Hilton Putrajaya). Pantai buatan yang menghadap dengan Tasik Putrajaya ini menjanjikan suasana santai dan sesuai untuk aktiviti rekreasi bersama keluarga. Apa yang menariknya disini selain pantai buatan dan juga tasik, bagi anda yang gemar dengan aktiviti senaman seperti jogging dan berbasikal sangat sesuai untuk datang kesini bersama anak-anak dan keluarga. Kawasan di sini selesa dan cukup dengan kemudahan tandas dan kemudahan lain yang boleh digunakan.

Bagi anda yang mungkin mencari kawasan “pantai” didalam bandar, sangat sesuai untuk datang kesini dengan membawa tikar dan sedikit makanan sambil luangkan masa bersama keluarga dan rakan.

  • Info
  • Tempat Menarik: Pantai Buatan Putrajaya
  • Lokasi: Presint 5, 62000 Putrajaya
  • Waktu: Dibuka setiap hari
  • Facebook: Pantai Buatan Putrajaya
  • Peta Lokasi:

Kredit: Google Image

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular