Menarik di Central

#MenarikDiPutrajaya – Taman Warisan Pertanian

Taman Warisan Pertanian terletak di Presint 16, Putrajaya merupakan salah satu taman yang wajib dikunjungi kerana ia menawarkan keunikan iaitu dusun dalam bandar. Anda dapat merasai pengalaman seperti berada di dalam dusun yang dikelilingi pelbagai jenis buah-buahan tempatan, tanaman dan pokok

Seterusnya anda dapat berpeluang merasai aktiviti- aktiviti di kawasan sawah padi. Anda tidak perlu risau untuk mengelilingi keseluruhan taman kerana terdapat perkhidmatan buggy yang memuatkan lebih kurang 10 orang. Taman ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat letak kereta percuma,tandas, surau yang selesa dan tempat makan yang menawarkan pelbagai jenis pilihan makanan

Nama : Taman Warisan Pertanian, Putrajaya
Alamat : No. 7, Jalan P16, Presint 16, 62000 Putrajaya
Waktu Operasi : Selasa – Ahad : 8.30 Pagi – 6.00 Petang
Isnin (Tutup)
No Telefon : 03-8887 7772
Email : putrajaya.twp@gmail.com
Website : https://www.ppj.gov.my/second-menu/taman-warisan-pertanian
Peta Lokasi :

Kredit : Facebook Taman Warisan Pertanian, Perbadanan Putrajaya, Google

Exit mobile version