Menarik di Central

#MenarikDiKualaLumpur – Pintasan Saloma (Saloma Bridge)

Pintasan Saloma adalah sebuah jambatan gabungan pejalan kaki dan pengayuh basikal sepanjang 69 meter yang menyeberangi Sungai Klang yang melibatkan antara Kampung Baru, Kuala Lumpur dan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Seni bina jambatan ini diilhamkan oleh konsep susunan dauh sirih yang merupakan sebahagian daripada perkahwinan bangsa Melayu. Nama “Pintasan Saloma” ini berasal dari penyanyi keturunan Malaysia- Singapura iaitu Saloma, yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang. 

Laluan Pintasan Saloma ini turut lengkap dihiasi sistem pencahayaan LED bertukar aneka warna pada setiap masa yang akan menonjolkan keunikan jambatan ini pada waktu malam. Jadi untuk pengunjung yang ingin datang untuk bergambar di Pintasan Saloma, boleh datang pada waktu malam kerana pemandangannya yang cantik dan cuaca yang sejuk.

Alamat : Saloma, Between and Lorong, Lorong Raja Muda Musa 3, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.

Waktu Operasi : Dibuka pada setiap hari

Laman Web : https://www.malakattribunenews.com/2020/02/galeri-10-fakta-menarik-tentang-jambatan-penjalan-kaki-pintasan-saloma/

Exit mobile version