Menarik di Central

#MenarikDiHuluSelangor – Taman Luncur Udara KKB

Bagi anda yang meminati sukan lasak, anda boleh mencuba sukan paragliding/luncur udara yang terletak di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Aktiviti paragliding ini bermula di puncak Bukit Batu Pahat pada ketinggian 1400 kaki dari aras laut dan mendarat di padang bola Taman Tasik Millenium. Anda boleh memilih untuk mendaki selama 45 minit atau boleh menaiki kenderaan 4×4 yang disediakan oleh pihak penganjur.

Tapak paragliding ini diselia oleh Cloud Bass Enterprise & Kelab Luncur Udara Kuala Kubu Bharu. Waktu operasi sukan luncur udara ini bergantung kepada pihak penganjur. Sebarang pertanyaan boleh hubungi di nombor telefon yang disediakan dibawah.

Nama Lokasi : Taman Luncur Udara KKB
Alamat : Berdekatan dengan Taman Tasik Millenium Kuala Kubu Bharu, Selangor
No Telefon : 019-219 1144
Facebook :https://www.facebook.com/KKBParaglidingPark/?ref=page_internal

Peta Lokasi :

Exit mobile version