Tuesday, December 24, 2024
HomeAktiviti Menarik#MenarikDiKualaLumpur – KL Birds Park

#MenarikDiKualaLumpur – KL Birds Park

Ia terletak berdekatan dengan Taman Tasik di Green Lung KL di Bukit Aman, berhampiran dengan Masjid Negara dan Muzium Polis Diraja Malaysia. KL Birds Park adalah taman burung yang menempatkan lebih daripada 3,000 burung yang mewakili lebih dari 200 spesies di kandang burung tertutup. Sebanyak 90% adalah burung tempatan dan 10% diimport dari negara-negara seperti Australia, China, Holland, Indonesia, New Guinea, Tanzania dan Thailand. KL Birds Park adalah antara tempat yang menarik di Kuala Lumpur yang boleh kita luangkan masa atau melakukan aktiviti disana bersama orang yang tersayang. KL Birds Park juga adalah tempat dimana kita boleh mengenali jenis jenis burung yang ada di dunia.  

Terdapat pelbagai kemudahan dan aktiviti yang disediakan untuk para pengunjung. Antaranya “Bird Watching” melihat sambil mengenali jenis jenis burung yang ada di taman burung. Selain itu, menangkap gambar dan juga memberi makanan kepada burung burung itu. KL Birds Park juga telah menyediakan beberapa kemudahan seperti medan selera, tandas awam dan surau kepada pengunjung. 

Alamat : KL Bird Park, 920, Jalan Cenderawasih, Perdana Botanical Gardens, 50480 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.

Waktu Operasi : Dibuka setiap hari dari 9pagi sehingga 6petang

Harga Tiket :  Dewasa : RM25 (Warga Malaysia), RM63 (Pelancong) manakala bagi kanak-kanak pula RM12 (Warga Malaysia) dan RM42 (Pelancong)

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular