Menarik di Central

#MenarikDiHuluSelangor – GIBS ECOTOURISM RESORT

GIBS Ecotourism Resort mula dibangunkan pada tahun 2016 di kawasan seluas 35 ekar di Jalan Ulu Yam, Selangor. Resort ini adalah 100% milik penuh Gabungan Profesional Dan Usahawan Bumiputera Anak Selangor (GIBS). Lokasinya amat strategik dan hanya 30 kilometer daripada Bandaraya Kuala Lumpur. Resort ini berkonsepkan ‘Kekal Sihat Bersama Alam Semulajadi’ (Stay Healthy With Nature) iaitu adanya riadah di dusun durian, rambutan dan buah-buahan tropika yang lain, kehijauan hutan simpan, gunung ganang di sekelilingnya yang boleh dibimbing untuk diterokai dan riadah air di Sungai Batu, menuju ke Empangan Batu yang mengalir melalui resort ini.

Resort ini mengadakan pelbagai program dan aktiviti latihan, pembangunan insan, penginapan chalet, perkhemahan, riadah, rentas halangan (obstacle), hari keluarga dan aktiviti riadah sungai.

NAMA : GIBS ECOTOURISM RESORT

ALAMAT: Lot 36837, Jalan Sungai Tua, 68100 Batu Caves, Selangor

WAKTU OPERASI:  Setiap Hari,  9:00 pagi – 5:00 petang

Nombor untuk di hubungi : 013-278 8285

Facebook: https://www.facebook.com/gibsecotourismresort

Instagram: https://www.instagram.com/gibsecotourismresort/

Website: http://www.gibs.org.my/page6.html

Email: gibsecotourismresort@gibs.org.my

Peta Lokasi:

Exit mobile version