Saturday, December 21, 2024
HomeHulu Selangor#MenarikDiPetaling - MeTime Book Cafe

#MenarikDiPetaling – MeTime Book Cafe

MeTime Book Cafe ini merupakan tempat menarik untuk mereka yang inginkan suasana baharu. Kalau dah bosan siapkan kerja atau assignment di rumah, MeTime Book Cafe ini pasti sesuai untuk anda menyiapkan kerja dengan suasana yang sangat menenangkan. Nama pun MeTime Book Cafe jadi, cafe ini memang menyediakan sudut peribadi untuk anda sekiranya anda inginkan privasi. Selain itu, cafe ini juga menyediakan pelabagi jenis buku seperti buku bahasa inggeris, cina, dan komik manga sekiranya anda berminat.

Tempat ini bukan sahaja menyediakan meja dan kerusi untuk anda, terdapat juga “bean bag” dan tilam untuk anda berehat secara santai sambil membaca buku. Anda boleh rujuk gambar di bawah untuk melihat susana di MeTime Book Cafe. Sekiranya anda ingin mengunjungi MeTime Book Cafe ini, anda perlu membuat tempahan melalui nombor telefon yang akan disertakan di bawah. Cafe ini juga dibuka untuk individu yang sudah lengkap vaksinasi dan bayarannya bermula dari harga serendah RM 5.00.

Nama: MeTime Book Cafe

Alamat: 1.010b The square, Jaya One, Jalan Universiti, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Waktu Operasi: Setiap hari dari 11.00 pagi hingga 8.00 malam

Nombor Telefon: 014-343 4577

MeTime Book Cafe's Photo - Multi-Cuisine Coffee Café in Petaling Jaya  (North) Klang Valley | OpenRice Malaysia
吉隆坡] 享受逗点时光| U玩食
MeTime BookCafe ➜ Petaling Jaya, Selangor, Malaysia (6 guest reviews). Book  hotel MeTime BookCafe
6 Cosy Book Cafes In Selangor You Have To Check Out
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular