Menarik di Central

#MenarikDiPutrajaya – Putrajaya Foodtruck Hotspot Presint 2

Ingin jalan-jalan di Putrajaya tapi tak tahu nak makan dekat mana?? Jom singgah Putrajaya Foodtruck Hotspot Presint 2. Foodtruck Hotspot Presint 2 merupakan salah satu tempat makan menarik di Putrajaya.

Sejak 1 Oktober 2021,Putrajaya telah memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang telah membenarkan rentas negeri antara Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. Dengan ini, Putrajaya telah menjadi hotspot utama untuk dikunjungi warga kota. Sudah tentu setelah penat beriadah dan jalan-jalan di Putrajaya, pengunjung ingin mengisi perut. Oleh itu, salah satu lokasi menarik untuk singgah makan bersama keluarga dalam keadaan santai adalah di sini. Tempat makan menarik ini menyediakan pelbagai menu makanan yang sedap dan mempunyai pelbagai pilihan. Disini anda boleh mencari makanan western, melayu, dessert, minuman dan sebagainya.

Selain itu, antara keunikan lain disini adalah terdapat pemuzik jalanan yang akan menghiburkan halwa telinga anda dengan muzik sambil menikmati makanan dan pemandangan disini. Lokasi foodtruck ini terletak di tengah-tengah Putrajaya yang menyajikan pemandangan indah seperti Masjid Besi, Jambatan Wawasan, Cruise Putrajaya, dan bangunan kerajaan.

Info:

#putrajaya#wilayahprihatin#KeluargaMalaysia#PutrajayaMampanBertarafDunia#putrajayauntuksemua

Kredit:

Perbadanan Putrajaya

Exit mobile version