Sekiranya anda menginginkan homemade burger bakar, datanglah ke The Rufftop Burger Bakar di Sungai Buloh. Sudah tentu daging burger homemade lebih berkualiti daripada daging burger sejuk beku. Jika anda beli burger di The Rufftop ini, ianya bukan sahaja berkualiti malah rasanya juga sedap dengan setiap gigitan daging burger. Pelbagai menu disajikan di The Rufftop Burger Bakar seperti mix chicken and beef burger, double beef burger, beef burger dan banyak lagi. Anda juga boleh mendapatkan The Rufftop burger bakar melalui aplikasi GrabFood, FoodPanda dan juga Shopee Food.
Kredit: Instagram rufftopburgerbakar
Nama: The Rufftop Burger Bakar
Alamat: PT 1937-2 (Kiosk No.6), Jalan Gajah 6, Kg. Kubu Gajah, 40160 Sungai Buloh, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari dari 2.00pm – 10.00pm
No. Telefon: 014-334 7455