Menarik di Central

#MenarikDiPetaling – Sahabat Corner Sungai Buloh

Sebelum ini, Sahabat Corner memulakan perniagaan mereka di Paya Jaras dan sekarang, mereka telah berpindah di Sungai Pelong. Istimewanya Sahabat Corner ini adalah makanan yang disajikan sangat menyelerakan. Pendek kata, makanan yang mereka masak sangat cukup rasanya tanpa ada yang terkurang mahupun yang terlebih. Selain itu, masakan Sahabat Corner juga boleh didapati di melalui aplikasi GrabFood dan juga Food Panda. Jadi, ianya lebih mudah untuk anda membuat tempahan tanpa perlu keluar rumah. Antara menu yang terdapat di Sahabat Corner ini adalah Tomyam, pelbagai jenis Nasi Goreng, Nasi Pakapau dan lain-lain.

Restoran Sahabat Corner Paya Jaras menyediakan pelbagai jenis masakan panas ala carte!Kami juga specialised dalam menyediakan ayam golek yang dibakar menggunakan arang!

Nama : Sahabat Corner Sungai Buloh
Alamat : Jl. Besar, Kampung Paya Jaras Hulu, 40160 Sungai Buloh, Selangor
Nombor Boleh Dihubungi: 018-963 4760
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari (9pagi – 10malam)

Exit mobile version