Menarik di Central

#MenarikDiHuluLangat&Sepang – South Creek Setia Ecohill

South Creek terletak di Setia Ecohill 2, Semenyih, Selangor. Sebuah tempat yang nyaman dan sesuai untuk beriadah bersama rakan dan keluarga tercinta. Tempatnya yang jauh tenang dan memiliki kawasan rumput yang agak luas untuk dijadikan tempat bersantai. Lokasinya yang tidak jauh dari bandaraya menjadikan ia destinasi tarikan untuk warga kota yang ingin menenangkan fikiran sambil menghirup udara segar. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan dengan berbasikal, bermain laying-layang, bersukan dan sebagainya. Terbuka untuk semua pengunjung datang dan meluangkan masa yang berkualiti. Selain itu juga boleh menikmati pemandangan yang indah seperti matahari terbenam yang sangat cantik di South Creek ini.

Exit mobile version