Menarik di Central

#MenarikDiPutrajaya- Glow Glamping @ Wetland Putrajaya

Jika anda teringin untuk merasai pengalaman berkhemah tanpa perlu bawa apa-apa, Glow Glamping @ Wetland Putrajaya adalah jawapannya. Satu percutian yang menarik untuk anda dan keluarga mengikut trend terkini iaitu Glamping. Ia merupakan gabungan daripada perkataan ‘glamour’ dan ‘camping’ menjadi Glamping.

Tarikan terbaharu di Putrajaya ini mula dibuka pada 9 Disember 2021 lepas. Lokasi Glamping ini di Taman Wetland Presint 13, Putrajaya. Anda akan merasai pengalaman berkhemah 1st class dimana glamping merupakan trend perlancongan terkini iaitu berkhemah dengan gaya mewah, dilengkapi dengan kemudahan seperti set tilam yang selesa, penghawa digin, buaian, permaidani, bilik air yang bersih dan sebagainya. Disini terdapat 10 buah khemah glamping yang boleh menempatkan 40 orang dalam satu masa selain 20 tapak perkhemahan yang membolehkan pengunjung membuka khemah mereka sendiri. Antara kemudahan lain yang disediakan adalah kelengkapan dapur, tandas, surau dan pelbagai spot bergambar menarik untuk para pengunjungnya.

Antara aktiviti yang anda boleh buat di Glow Putrajaya adalah;

  1. Bermain di Challenge Park
  2. Memanah
  3. Trampoline
  4. Indoor games (carrom, jengga, kad, etc)
  5. Buaian sarang burung
  6. Memancing
  7. ATV
  8. Flying Fox
  9. Night trail
  10. Tapak bermain yang luas

Selain itu, Glow Putrajaya juga menyediakan persembahan istimewa pada sebelah malam iaitu;

  1. Fire show
  2. Karaoke
  3. Campfire
  4. Buffet BBQ dinner

Selain dapat bermalam di Glow Putrajaya, harga pakej penginapan ini termasuk buffet 4 kali sehari (sarapan pagi, makan tengah hari, hi-tea dan makan malam)

Info

Nama: Glow Glamping @ Wetland Putrajaya

Alamat: Taman Wetland, Presint 13 Putrajaya

Waktu operasi: Dibuka setiap hari

No. telefon: 013-347 8857

Email: glowputrajaya@gmail.com

Peta lokasi:

Kredit: Glow Putrajaya, Perbadanan Putrajaya

Exit mobile version