Thursday, December 19, 2024
HomeMakanan Menarik#MenarikDiPutrajaya-Restoran Gegey

#MenarikDiPutrajaya-Restoran Gegey

NAK cari tempat makan menarik dan enak di sekitar Putrajaya? Jangan lupa singgah di Restoran Gegey yang terletak di Presint 15, Putrajaya. Sinonim dengan namanya GEGEY yang bermaksud ‘meriah’ dalam bahasa Kelantan, semestinya ia tidak pernah surut dengan kunjungan pelanggan. Melangkah masuk ke kafe berkonsep hipster ini, anda pasti teruja dengan dekorasi ruang makan yang kemas dan suasananya yang santai. Tak cukup itu, sudah semestinya anda juga tidak sabar untuk mencuba menu lazat yang ada di sini kan? Mempertaruhkan masakan barat dan tempatan, jangan lupa untuk memesan hidangan platter yang pastinya menjadi pilihan ramai. Boleh tertidurkekenyangan dibuatnya!

Menurut pihak pengurusannya, Deedi Narimie Mohd Zain, platter merupakan pilihan wajib terutama yang hadir bersama keluarga. Hidangan big platter pasta boleh dinikmati oleh lima hingga enam orang dewasa. Selain menjimatkan, ia juga terdiri daripada pelbagai variasi makanan seperti chicken chop, spicy wing, meatball dan banyak lagi. Pelanggan juga boleh mendapatkan small platter variety atau small platter pocket jika datang dalam jumlah yang tidak ramai, yang turut menyatakan terdapat potongan sebanyak lima ringgit pada hidangan platter ketika ini.

Selain daripada platter, antara menu dan minuman istimewa yang ada adalah nasi gegey, nasi sup tulang gapo, peemak, nasi kerabu, air extreme gegey, goye hot dan sebagainya. Bagi hidangan nasi gegey yang merupakan antara sajian istimewa di sini, pelanggan akan dihidangkan dengan gabungan ayam goreng cincang, gulai gegey dan juga keropok sebagai pelengkap.

Dengan harga berpatutan serendah RM6.50, restoran yang diasaskan oleh peserta program masakan popular Master Chef, Deena Nalisa Mohd Zain dan suami, Wan Mohd Zhafran ini turut menyediakan perkhidmatan seperti majlis keraian, korporat dan sebagainya atas permintaan.

Info:

Nama Kedai: Restoran Gegey (Cawangan Putrajaya)

Alamat Kedai: No 15&17, Jalan Diplomatik 1, Presint Diplomatik, 62000 Putrajaya

Waktu Operasi : Selasa – 12.00 PM – 9.30 PM

Facebook : https://www.facebook.com/restorangegey/

Instagram: https://www.instagram.com/restorangegey/?hl=en

No telefon: 019-880 9896

Peta Lokasi Kedai/Restoran/Etc (Lat-Long/Waze/Google Map/Etc) :

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular