Menarik di Central

#MenarikDiPetaling – Hutan Pendidikan Bukit Gasing

Hutan Pendidikan Bukit Gasing yang terletak di Petaling Jaya merupakan salah satu kawasan hutan yang masih kekal di tengah – tengah ibu kota untuk aktiviti mendaki. Tempat ini menjadi tumpuan orang ramai tanpa mengira peringkat umur untuk melakukan aktiviti – aktiviti disini. Lokasinya yang terletak di sempadan Petaling Jaya dan Kuala Lumpur menjadikan tempat ini terkenal untuk warga kota datang kesini untuk beriadah.

Kawasan hutan dan bukit disini masih dalam keadaan yang baik dikelilingi oleh keaslian flora dan fauna disekitarnya. Di Hutan Pendidikan Bukit Gasing ini, terdapat beberapa laluan yang boleh dipilih bergantung keupayaan masing – masing.

Exit mobile version