Monday, December 30, 2024
HomeLokasi Menarik#MenarikDiPutrajaya - Laman Megalit

#MenarikDiPutrajaya – Laman Megalit

Laman Megalit adalah satu kawasan taman yang terletak berhadapan Hotel Shangri-La di tengah Taman Putra Perdana, Putrajaya. Sekiranya anda ke Putrajaya, anda boleh menikmati pemandangan monumen pra-sejarah yang hampir serupa seperti Stonehenge di England.

“Laman” bermaksud ‘halaman’ atau ‘taman’, manakala “Megalit” adalah perkataan ditemui buat masa ini berasal dari Bahasa Yunani “Megas Lithos” dimana “Megas” bermaksud ‘Besar’, “Lithos” bermaksud ‘Batu’. Singkatan dari kedua nya terciptalah perkataan “Megalit”.

Beberapa batu Megalit yang ditemui pada tahun 1989 di Kampung Gelanggang, Negeri Sembilan telah diletakkan di taman ini dan dinamakan sebagai Laman Megalit. Sebahagian besar batu-batu Megalit atau lebih dikenali sebagai batu hidup, dipercayai berasal dari zaman Neolitik, zaman Mesolitik dan Zaman Gangsa.

Adalah dipercayai bahawa nama ini digunakan kepada kawasan ini sebagai mercu tanda serta lambang pembangunan negara Malaysia khasnya Putrajaya itu sendiri.

Laman Megalit

Anda boleh melawat Laman Megalit ini di Presint 1, 62000 Putrajaya

Kordinat : 2.9426398, 101.6991886

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular