Monday, October 14, 2024
HomeLokasi Menarik#MenarikDiPutrajaya - Ekues Cabin Cafe

#MenarikDiPutrajaya – Ekues Cabin Cafe

Ekues Cabin Cafe merupakan sebuah kedai kopi yang terletak di Taman Ekuestrian Putrajaya. Taman Ekuestrian Putrajaya diinspirasikan daripada konsep taman di bandar, Taman Ekuestrian adalah tempat yang sesuai untuk mereka yang ingin mencari tempat untuk beriadah lari dari kesibukan dan kesesakan di bandar. Taman yang terletak di Presint 5 Putrajaya ini dikelilingi dengan tasik buatan manusia seluas 70 ekar.

Kafe yang bertemakan “eques-open space ambience” ini menyediakan pemandangan yang sangat menarik. Oleh kerana ia terletak didalam kawasan Ekuestrian, anda boleh menikmati makanan dan minuman sambil melihat aktiviti berkuda disini. Anda juga boleh menaiki kuda dengan harga RM 10 bagi kanak-kanak manakala RM15 untuk dewasa.

Antara menu yang ada :

Poached Egg With Mushroom French Toast – RM9
Beef Strip With Soft Scramble Egg Frech Toast – RM9
Berries French Toast – RM9
Grilled Chicken Ceaser Salad – RM12
Neopolitan Cheese Cake – RM16
Berries Panna Cotta – RM13
Antara pilihan minuman yang ada :
Caramel Macchiato With Vanilla Sorbet – RM13
Hazelnut Latte – RM9
Dirty Macha Latte – RM12
Sparkling Ekues Sunset – RM8
Strawberry Matcha Frappe – RM13
Info
Nama: Ekues Cabin Cafe
Alamat: Ekues Cabin Cafe, Jalan Kandang Kuda Taman Ekuestrian Wilayah Perseketuan Putrajaya, Presint 5, 62000 Putrajaya
No tel:  017-752 6078 
Waktu Operasi
Selasa – Ahad 9 pagi – 6 petang
Jumaat rehat : 12.30 tengah hari – 2.30 petang
Isnin – Tutup
IG: ekues.my
Lokasi: 
Kredit:
Unit Pelancongan Bahagian Komunikasi Korporat Perbadanan Putrajaya
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular