Bila sebut sahaja Sekinchan, Selangor pasti terlintas di fikiran pengunjung akan keindahan sawah padi yang kehijauan dan perkampungan nelayan. Untuk pengetahuan pengunjung, di Sekinchan terdapat sebuah tarikan terbaru yang pasti akan menarik perhatian dan keseronokan pengunjung terutamanya sekali golongan berkeluarga.
Nama : MSekin Wonderland
Alamat premis : No 358, Jalan Pantai Redang, Bagan Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor
Waktu operasi : Isnin – Jumaat (9.00Pagi – 8.00 Malam)
Sabtu – Ahad dan Public Holiday (9.00Pagi – 10.00 Malam)
Harga tiket : Warganegara – Kanak-kanak (1-12 tahun) = RM20
– Dewasa = RM25
Bukan warganegara – Kanak-kanak (1-12 tahun) = RM25
– Dewasa = RM30
Nombor untuk dihubungi : 017-312 6029
Peta lokasi :
MSekin Wonderland adalah tarikan terbaru yang ada di Sekinchan bertemakan taman tema air. Jom, ketahui info menarik tentang taman tema air ini. MSekin Wonderland merupakan taman tema air yang pertama di daerah Sekinchan Selangor dan ia terletak bersebelahan dengan Sekin Hotel & Resort dan Pantai Redang. MSekin Wonderland ini mempunyai pelbagai kolam renang dan taman air yang unik untuk pengunjung menikmati bersama anak-anak. Setiap kolam renang terdapat gelongsor, pancutan air dan aktiviti air yang berbeza mengikut kolam. Malah, terdapat juga kemudahan lain yang dilengkapi bagi memudahkan anda sekeluarga berkunjung di sini, antaranya parking kereta, gazebo, gerai-gerai makanan, kedai serbaneka dan pelbagai lagi.
Credit to : Facebook MSekin Wonderland