Tahukah anda bahawa terdapat tempat menarik tidak jauh dari ibu kota yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik sesuai untuk percutian bersama pasangan, keluarga dan kawan-kawan. Jarak destinasi ini lebih kurang sejam setengah dari Kuala Lumpur menjadikannya destinasi weekend getaway yang ideal berehat seketika dari kesibukan kehidupan di bandar sehari-harian.
Destinasi yang dimaksudkan ini adalah Villa Chee. Villa Chee terletak di Sekinchan Selangor dan ia menawarkan sebuah kawasan yang besar dan selesa. Villa Chee ini dikelilingi dengan sawah padi yang hijau dan kekuningan. Anda akan menikmati pemandangan panoramik sawah padi dari balkoni peribadi anda sendiri. Villa Chee juga menyediakan restoran makanan laut jika anda mencarinya di sini. Villa Chee juga menawarkan sebuah Restoran Seafood yang diberi nama Restoran Seafood D’Bendang yang terkenal.
Nama : Villa Chee
Alamat Premis : Lot 3919, Jalan Sawah Ban Site B, 45400 Sekinchan Selangor
Waktu operasi : Setiap hari (tempahan perlu dibuat lebih awal)
Nombor untuk dihubungi : 03-32418372 dan 012-5050328 (WhatsApp)
Laman Web : https://www.villachee.com.my/
Peta lokasi :
Fasiliti yang terdapat di tempat penginapan ini seperti menawarkan kaunter penerimaan tetamu yang dibuka 24 jam, sebuah restoran dan kolam renang luaran bermusim, parking peribadi disediakan secara percuma dan kemudahan sewa basikal untuk tetamu yang ingin meneroka kawasan sekitar. Tambahan lagi, setiap bilik di villa ini dilengkapi dengan balkoni, mempunyai bilik mandi peribadi yang dilengkapi dengan kelengkapan dandanan diri percuma, TV, penyaman udara dan linen katil dan tuala.






Credit to : Facebook Villa Chee dan Website Villa Chee