#MenarikDiKualaSelangor – Kilang Memproses Mee Kuning

0
1055

Kilang Memproses Mee Kuning Bumiputera bertempat di Kg Felda Bukit Cherakah dan dimiliki oleh Koperasi Wanita Bersaudara Berhad, Koperasi telah didaftarkan pada 22 September 2003.

Pihak Koperasi telah meningkatkan pengeluaran produk Mee Kuning yang mendapat sambutan sangat menggalakkan dari masyarakat setempat. Pada masa kini, produk-produk koperasi dipasarkan di sekitar Puncak Alam, Shah Alam dan kawasan berdekatan.  Pihak Koperasi juga bercadang untuk memperluaskan pasaran produk mereka sehingga berjaya memasuki pasaraya-pasaraya besar jika diberi peluang. Mee Kuning tanpa pengawet dan dijamin Halal.

Pihak Koperasi juga menganjurkan kursus mee kuning kepada yang berminat untuk mempelajarinya.

Nama : Kilang Memproses Mee Kuning Koperasi Wanita Bersaudara.

Alamat : Bangunan Koperasi Wanita Bersaudara, Jalan 1 Felda Bukit Cherakah 42200 Kapar, Selangor.

Waktu Operasi : Dibuka pada hari Isnin dan Rabu

No Telefon : 019-3749657 Hjh Norzahani

Harga Mee Kuning : RM 1.50 (sebungkus)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here