Sunday, November 24, 2024
HomeKL#MenarikDiKualaLumpur – Taman Rekreasi Bukit Jalil

#MenarikDiKualaLumpur – Taman Rekreasi Bukit Jalil

Taman Rekreasi Bukit Jalil merupakan antara salah satu tempat rekreasi yang popular di Kuala Lumpur. Taman yang berkeluasan 20.23 hektar ini diselenggara sepenuhnya oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Lokasinya yang terletak lebih kurang 20 kilometer dari pusat bandar menjadikannya salah satu tempat rekreasi yang menjadi tumpuan ramai pengunjung.

Antara kemudahan-kemudahan yang terdapat di Taman Rekreasi Bukit Jalil ini adalah seperti taman permainan kanak-kanak, trek jalan kaki, mini gimnasium terbuka, laluan refleksologi dan juga kemudahan-kemudahan lain untuk orang kurang upaya (OKU). Selain dari fasiliti-fasiliti ini, terdapat satu ciri yang menyerlahkan keunikan Taman Rekreasi Bukit Jalil dimata para pengunjung iaitu Laman Antarabangsa (International Garden). Pengunjung dapat melihat sendiri struktur show garden berdasarkan 10 buah negara seperti England, Belanda, Jepun, Indonesia, Thailand, Malaysia, Iran, Kanada, Peru dan China. Taman Rekreasi Bukit Jalil juga menawarkan keseronokan kepada pengunjung yang datang beriadah bersama keluarga kerana mereka dapat melakukan aktiviti seperti berkelah sambil menenangkan fikiran dengan melihat pemandangan tasik. Bagi yang mempunyai anak kecil, mereka boleh membawa anak-anak melihat kura-kura dan pelbagai jenis uikan yang mendiami tasik di Taman Rekreasi Bukit Jalil ini.

  • Alamat : Jalan 13/155c, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi : Setiap Hari (6 Pagi – 8 Malam) 
  • Bayaran masuk : Percuma
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular