Air terjun yang bernama Jeram Kubang Gajah ini lebih dikenali sebagai Air Terjun Sofea Jane di kalangan penduduk kampung setempat kerana artis Sofea Jane yang pernah melakukan penggambaran filem di sini. Air terjun ini terletak tidak jauh dari Kampung Kemensah. Untuk anda yang gemarkan aktiviti-aktiviti fizikal, terdapat beberapa aktiviti yang boleh dilakukan. Di antaranya adalah trekking, perkhidmatan ATV dan berbasikal. Air terjunnya sangat sejuk dan jernih untuk aktiviti mandi-manda tapi perlu diingatkan kepada pengunjung bahawa anda perlu menyediakan makanan dan minuman sekiranya anda bercadang untuk meluangkan masa di tempat ini.
#MenarikDiAmpang – Jeram Kubang Gajah
RELATED ARTICLES