Thursday, December 19, 2024
HomeLokasi Menarik#MenarikDiPutrajaya- Taman Persahabatan China-Malaysia

#MenarikDiPutrajaya- Taman Persahabatan China-Malaysia

Taman Persahabatan China-Malaysia ini terletak di Anjung Floria Presint 4 Putrajaya. Taman ini merupakan taman yang bercirikan gaya Lingnan. Taman bercirikan gaya Lingnan ini mengutamakan bangunan yang didirikan mengelilingi tumbuhan untuk memberi perlindungan kepada tumbuhan tersebut. Pelan keseluruhan taman adalah berdasarkan enam elemen utama iaitu gunung, air, batu, bangunan, kaligrafi dan tumbuh-tumbuhan.

Taman ini dinamakan sebagai ‘Zhi Yuan’, ‘Zhi’ bermaksud perkenalan kepada kawan dan Ýuan’bermaksud pemandangan yang memikat di tempat pertemuan. Ia juga merangkumi konsep ‘Satu Pandangan, ke Arah yang Sama’.

Tembok batu bata yang diukir dengan kaligrafi sangat menarik perhatian seperti memanggil untuk melihat apa yang ada didalamnya. Ketengan dapat dirasai sebaik sahaja melangkah masuk ke pintu gerbang yang ‘dijaga’dua artifak singa yang berusia 200 tahun. Deruan air mengalir dalam kolam yang menghadap pintu masuk bagai mengalunkan irama Selamat Datang kepada setiap pengunjung yang melangkah masuk.

Taman seluas 0.6 ekar(.24 hektar) itu terletak di atas tapak tetap Pesta Floria dan Taman tahunan Putrajaya yang dikenali sebagai Royal Floria Putrajaya, menjadikannya komponen kekal pertama festival itu.

Taman ini menggunakan batu kapur landskap dari Daerah Yingde di Wilayah Guangdong untuk membina pemandangan gunung, susun atur tebing dan kolam, cerun yang lembut dan cornice yang luas, menara, lorong terbiar, ukiran hiasan, kontras warna biru, hijau, kuning, koridor jambatan dan bunga dan tumbuhan unik yang menghadap ke tasik yang indah. Semua elemen ini digabungkan bersama-sama bagi menonjolkan ciri tradisonal Taman Persahabatan China-Malaysia ini.

Diturap dengan batu bata berwarna berserta koridor berliku-liku, pokok yang merimbun, bunga-bunga yang mekar, halaman yang indah, dan astaka yang dikhaskan untuk kaligrafi dari pelukis yang terkenal, taman ini didirikan sebagai bukti persahabatan yang berpanjangan antara China dan Malaysia.

Taman Persahabatan dibangunkan dengan kerjasama Persatuan Persahabatan Malaysia-China (PPMC) bagi melambangkan ulang tahun ke-40 hubungan dua hala yang baik antara Malaysia dan China. Kerjaan China melalui Dongguan People’s Association for Friendship with Foreign Countries bersetuju membangunkan Taman Persahabatan China-Malaysia yang membabitkan kos RM1.5 juta dan juga dibangunkan sebagai lokasi tarikan pelancong yang dapat menambahkan ‘karakter antarabangsa’di Putrajaya.

Meneroka di setiap sudut taman ini, terdapat 2 pokok jenis Michelia Alba atau Cempaka Putih yang ditanam pada majlis pecah tanah yang juga simbolik hubungan diplomatik kedua-dua negara juga mencuri perhatian para pelancong yang singgah di taman ini.

Info:

Nama tempat: Taman Persahabatan China-Malaysia

Alamat: Jalan Tuanku Abdul Rahman. Presint 4, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu operasi: Isnin-Khamis (7.00 pagi – 7.00 petang)

Nombor untuk dihubungi: 03-8893 1967

Website:

https://blog.ppj.gov.my/2015/04/china-malaysia-friendship-garden-anjung.html?m=0

Facebook:

https://www.facebook.com/FloriaPutrajaya

Maps:

Kredit:

Facebook Royal Floria Putrajaya, Perbadanan Putrajaya

Worldofbuzz.com

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular