Friday, November 22, 2024
HomeKL#MenarikDiKualaLumpur - Taman Rekreasi Pudu Ulu

#MenarikDiKualaLumpur – Taman Rekreasi Pudu Ulu

Taman Rekreasi Pudu Ulu mempunyai keluasan sebanyak 25.9 hektar atau 64 ekar yang terletak di kawasan Cheras berdekatan Taman Shamelin Perkasa disebelah timur dan bangunan PGRM disebelah baratnya.

Fasa 1 Taman Rekreasi Pudu Ulu telah dirasmikan pada 15 Disember 2007. Pada awalnya taman ini adalah seperti taman rekreasi biasa yang menyediakan tempat beriadah untuk warga kota. Selain trek jogging, terdapat juga padang ragbi dan tanaman landskap di kawasan taman tersebut.

Pada 10 April 2017, Fasa 2 taman tersebut yang berasaskan rekreasi air telah dibuka yang berkonsepkan ‘Wading Pool’. Wading pool ini merupakan kolam pertama yang dibina oleh DBKL di taman awam dan dibuka secara percuma kepada warga kota.

Pembangunan ini diwujudkan dengan kemudahan bercirikan Taman Metropolitan bahkan ia juga direkabentuk untuk semua peringkat umur. Kemudahan untuk warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) juga diberi perhatian serius dalam konsep pembangunan bagi taman ini. Para pengunjung yang hadir diharap dapat mematuhi Undang-undang Kecil Taman 2012 untuk memastikan keselesaan semua.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular