#MenarikDiKualaSelangor – Sky Mirror-Salar de Uyuni Malaysia

0
1410

Nama tempat: Sky Mirror Kuala Selangor
Alamat jetty: Jeti Sky Mirror Kuala Selangor, Jalan Sultan Mahmud, 45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan
Waktu operasi : 6.00pagi sehingga 10.00 malam.
Harga : Warganegara RM80
Nombor untuk dihubungi : +60107785555 / +60193809722 / +60105091007
(Pengunjung hendaklah contact dahulu untuk dapatkan tarikh dan masa yang sesuai)
Email : skymirrortour@gmail.com / admin@skymirrortour.com
Peta lokasi : rujuk di bawah

Sky Mirror merupakan tarikan terbaru di Kuala Selangor yang terletak kira-kira 15 minit perjalanan dari Kampung Sasaran Kuala Selangor. Sky Mirror di Kuala Selangor ini diberi gelaran Salar De Uyuni Malaysia dan merupakan tarikan paling terbaru di Kuala Selangor. Siapa sangka ‘Pulau Misteri’ ini seolah-olah penemuan baru sebagai pelancongan menarik di Kuala Selangor. Bagi peminat fotografi , anda tak perlu lagi habiskan duit travel ke luar negara semata-mata untuk mendapatkan seni foto Salar de Uyuni.
Fenomena Salar de Uyuni di Sasaran ini tidak selalu berlaku kerana ia sebenarnya sebuah kawasan pantai. Ianya hanya terjadi 6 hari pada setiap bulan mengikut kalendar lunar masyarakat Cina iaitu pada pertama, ke-2, 14, 15, 16 dan 30. Kalau anda tak pasti berapa haribulan mengikut kalendar Masihi, boleh buat rujukan di Google. Waktu berlaku air surut ini antara pukul 10.30 – 11.00 pagi. Untuk datang ke sini, anda perlu naik bot lebih kurang 30 minit dari Jeti Sasaran, Kuala Selangor.
Bagi yang nak datang menyaksikan sendiri keindahan panorama Salar de Uyuni versi Malaysia, pastikan anda bawa bekalan makanan seperti roti dan air mineral. Tandas juga agak sukar didapati di kawasan pantai seperti ini. Di kawasan perkampungan nelayan pula agak susah untuk cari restoran makanan Melayu. Mungkin anda terpaksa tangguhkan seketika waktu makan tengah hari anda

Berikut merupakan contoh-contoh gambar hasil di sky mirror

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here